TEMU BUAL DENGAN PENGASAS 'AKADEMI PAK SAKO' - NAJWAN HALIMI


BERSAMA RADIO BANGSAR UTAMA 9 MALAM INI

TEMU BUAL DENGAN PENGASAS 'AKADEMI PAK SAKO' - NAJWAN HALIMI

Malam ini jam 9.00 malam di Radio Bangsar Utama akan menemubual pengasas sekolah penulisan - Akademi Pak Sako - Saudara Najwan Halimi.


Najwan Halimi menulis di Blognya - Riwayat Hayat beralamat di - www.najwanhalimi.com selain laman web jalantelawi.com - sebuah portal yang menghimpunkan penulisan berkisar seni, politik, falsafah, sastera, budaya dan agama.

Namun, topik perbincangan malam ini menyentuh perkembangan lapangan penulisan tanahair. Tentang peranan penulis, tentang kerumitan dan jatuh bangunnya institusi penulisan, peranan media, juga berkaitan isu-isu berhubung dunia sastera dalam konteks pasca PRU-12, Mac 2008.


Justeru, sebarang cadangan, pandangan, kritikan, kutukan, Kopi 3 in 1, sireh bungkus, kerepek belinjau dan sebagainya, sila 'post'kan di facebook Radio Bangsar Utama - www.facebook.com/pages/Radio-Bangsar-Utama.

Jangan lupa untuk ikuti twitter Radio Bangsar Utama di sini >>> @R_Bangsar_Utama

"Malu bertanya sesat jalan,
"Jangan pula tanya kaunter pertanyaan,
"Kata Akademi Pak Sako - Tulis, Ubah, Dunia
"Kata DJ kami - Dengarlah Radio Bangsar Utama

Ewahh..

MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR UTAMA

Berita-berita Bersih
Berita-berita Melawan