MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA BERSAMA TOOLS OF THE TRADE

Tools of The Trade ditubuhkan pada awal tahun 2004 dan untuk pertama kalinya dikenali dalam scene underground Malaysia melalui Festival Extreme Music Assault, acara tahunan yang dianjurkan oleh Symphonic Blast Production bersama-sama dengan band metal, grind dari Malaysia, Singapura dan Thailand. 



Kini Tools of The Trade akan mengadakan Jelajah Eropah pertama selama tiga minggu bermula 5 Julai hingga 28 Julai 2012 di Belgium, Belanda, German, Slovakia, Sweden, Norway, Austria, Denmark dan Republik Czech.


Anda mahu tahu apa makna disebalik alunan 'speed bass strumming' dan ketukan pantas di set drum ? Anda tahu kenapa vokalis band grindcore hanya tahu menjerit? Anda mahu tahu apa itu muzik GRINDCORE? 


Jika anda mahu tahu itu semua. sila dengar temubual bersama Tools Of The Trade di Radio Bangsar Utama jam 9.00 malam ini. Berani Langgar !