TEMUBUAL BERSAMA AKTIVIS OKU BANGKIT JAM 9.00 MALAM INI!!

TEMUBUAL BERSAMA DUA AKTIVIS OKU BANGKIT! JAM 9.00 MALAM INI DI RADIO BANGSAR UTAMA !!
Orang  Kelainan Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada struktur masyarakat. Mereka sewajarnya diberi perhatian dan mendapat Hak seperti mana orang lain! Temubual malam ini akan mengupas isu OKU di Malaysia, dasar-dasar kerajaan, persepsi orang ramai, masalah dan penyelesaiannya.
Saudara Rosli Ibrahim, aktivis OKU Bangkit!, pengamat politik nasional dan digelar sebagai 'Pakar Haraki' (gerakan) Islam di Malaysia.
Saudara Mohammad Faizal Che Yusof. Peguam OKU (penglihatan) yang handal. Pengerusi Majlis Permuafakatan NGO OKU Kelantan ini antara penggerak Gerakan Bersama Kebangkitan OKU (Bangkit) 2012.
Hanya Radio Bangsar Utama berani melanggar, membawa isu-isu marhaen dan rakyat! Bangkit!