May Day - Perhimpunan Aman Hari Pekerja


 Tutup isu Bersih, kini kita bincangkan perihal May Day. Esok! Saudara Acino kini sedang menemubual Dr. Jeyakumar dari PSM, secara langsung. Teruskan mendengar!

Temuramah Bersih 3.0


Pada jam 9 malam ini, Radio Bangsar Utama akan menemubual Dekman (Wartawan RABU yang bertugas di Dataran Merdeka), Doktor Hafiz (peserta Bersih yang ditahan di PULAPOL) dan Tan Chee Hiu (Peserta demo Duduk Bantah). 

Follow up tweet di :  @R_Bangsar_Utama

"Berani Langgar Laporan Jelas"

Bersih 3.0 Live Update



TERKINI - 2.58PM :


 Water cannon sedang beraksi! Gas pemedih mata sudah dilepaskan. Pihak polis mengundurkan diri, manakala peserta-peserta Bersih sedang bertempiaran menyelamatkan diri dan mencari tempat yang selamat.

Bersih 3.0 Live Update


Lagi gambar sekitar perhimpunan Bersih 3.0


Foto diambil di KLCC ; 



Di Bandaraya Kuala Lumpur ;



Bersih 3.0 Live Update


TERKINI - 11AM :


Tonton video di lokasi perhimpunan Bersih!
http://www.youtube.com/watch?v=c0THV2gbyVA

Bersih 3.0 Live Update


TERKINI !

Situasi di pintu masuk KLCC. 



Bersih 3.0 Live Update



TERKINI - 10.35AM : 


YB Nizar sedang bergambar bersama rakyat di LRT 


Pasar Seni. Pak Samad turut kelihatan! Ikon hebat


 tetap turun padang! Hidup Bersih!

Bersih 3.0 Live Update



TERKINI - 10.37AM : 


Bas dari Jalan Klang Lama ke Kuala Lumpur tidak 


berhenti untuk mengambil penumpang. Pengangkutan 


bas diragui!

Bersih 3.0 Live Update


 TERKINI - 10.35AM :

 Situasi di LRT Bukit Jalil ! Perkhidmatan pengangkutan 

awam masih boleh digunakan.


Bersih 3.0 Live Update


TERKINI - 10.26AM : 

Jalan Syed Putra dan jalan ke Masjid Negara ditutup.
 Kepimpinan Mahasiswa kini berkumpul di Dataran 
Merdeka! Join the crowd!

Bersih 3.0 Live Update



TERKINI - 10.18AM : 


Sekitar 10,000 orang sudah berkumpul di Pasar Seni 

dan Jalan Petaling. Sementara dianggarkan sekitar 

6000 orang peserta telah mula berkumpul di Jalan Tar. 

Kehangatan BERSIH 3.0 semakin terasa! 

Bersih 3.0 Live Update



TERKINI -  10AM : 




Stesen LRT Kelana Jaya sudah disekat seawal jam 8 


pagi tadi. Sila gunakan alternatif lain. Laluan lain melalui 


pengangkutan awam KTM dan LRT masih lagi boleh 


digunakan. Hanya laluan jalan raya yang banyak 


disekat.

Bersih 3.0 Live Update





MAKLUMAT LALU LINTAS - 9.57AM : 




Laluan melalui pengangkutan awam KTM dan LRT

 masih lagi boleh digunakan. Hanya laluan jalan raya 

yang banyak disekat. Peserta-peserta masih sempat 

sampai ke lokasi-lokasi sekitar Kuala Lumpur bagi 

menghadiri Bersih; Duduk dan Himpun pada 1PM ini. 

Bersih 3.0 Live Update



TERKINI -  9:20AM :

 Peserta Bersih akan mula bergerak ke enam lokasi 


bermula jam 1PM.  Setakat ini, crowd di Jalan Sultan 


sudah memulakan program.

Bersih 3.0 Live Update



‎8 TUNTUTAN BERSIH! 


1. Bersihkan senarai undi 
2. Mereformasikan undi pos 
3. Gunakan dakwat kekal 
4. Akses media bebas & adil 
5. Masa kempen minima 21 hari
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah!!
8. Hentikan politik kotor.

Terus berjuang untuk Pilihanraya Bersih !

Bersih 3.0 Live Update


TERKINI - Seawal jam 8 pagi !




Bersih 3.0 Live Update



MAKLUMAT LALU LINTAS - 7:50 AM :


 Roadblock di Bulatan Pahang menuju ke Kuala Lumpur!
 Juga di Jalan Tun Razak berdekatan Bangunan Tabung Haji.

Bersih 3.0 Live Update

Terkini : 

Suasana di hadapan Masjid Jamek seawal jam 7.30AM. 


Bersih 3.0 Live Update



TERKINI 5.49AM :

Kelihatan 5 buah trak FRU di Dataran Merdeka kini!

Bersih 3.0 Live Update


BERSIH 3.0 from Beijing! Ronasina with malaysian students there!




Bersih 3.0 Live Update


Kini di Dataran Merdeka!


Bersih 3.0 Live Update

TERKINI - 12.45AM :

 Laluan jalan raya dari SOGO ke Dataran sudah ditutup.

Bersih 3.0 Live Update

TERKINI - 12.38AM :


 Peserta Lynas datang dan mengeluarkan playcard 


 tanda sokongan bersama . 

Bersih 3.0 Live Update


TERKINI, 12.30PM : 

Bas polis hampir melanggar orang awam di Dataran Merdeka!! Keadaan riuh sebentar dan mula terkawal selepas bas beredar. 

Bersih 3.0 Live Update

GAMBAR-GAMBAR TERKINI 

a. Antara usaha peserta Bersih 

b. Lagi peserta Bersih di Dataran Merdeka

c. Suasana di Dataran

d. Kawat duri memagari


Bersih 3.0 Live Update


Kawat duri yang memagari Dataran Merdeka ; memisahkan peserta-peserta Bersih dengan   pihak polis dan DBKL.



Bersih 3.0 Live Update


TERKINI :

Lokasi roadblock !

1. Jalan Kepong(di hadapan balai polis) 
2. Selayang (berhampiran Warta Supermarket) 
3. Lebuhraya Persekutuan (berhampiran Volvo) 
4. Jalan Klang Lama 

Bersih 3.0 Live Update


11.50PM :

Panggilan siaran langsung - 10 trak polis kelihatan menuju ke Bandar Baru Semenyih.

Bersih 3.0 Live Update


Laungan BERSIH kini sedang bergema di Dataran Merdeka. 
Rakyat sudah bangkit!!

PROGRAM RADIO BANGSAR UTAMA MALAM INI




RADIO BANGSAR UTAMA - RABU

PROGRAM MALAM INI JAM 9.00 MALAM

Malam ini di Radio Bangsar Utama akan menemubual penyokong Himpunan Bersih 3.0. Mereka ialah :

1 - Mohd Rosli Ibrahim - (Orang Kurang Upaya) OKU Penglihatan, Aktivis Hak Asasi OKU yang juga penyoong Bersih 3.0

2 - Afiq M Noor - Peguam, Aktivis Lawyer For Liberty (LFL)

Topik perbincangan ialah mengenai pandangan Orang Kurang Upaya (OKU) berkenaan Himpunan Bersih 3.0 dan khidmat nasihat dari pengamal undang-undang tentang Hak Kebebasan Berhimpun.

PENTING !!!

Kepada yang berminat untuk bertanyakan soalan berkenaan undang-undang dan guaman dan nasihat sila 'post' soalan anda di Facebook page Radio Bangsar Utama sekarang !!



SIARAN LANGSUNG DARI RADIO BANGSAR UTAMA



malam ini pada jam 9.00 malam
program - berani langgar: pak samad bersama hishamuddin rais
siaran langsung dari radio bangsar utama 

pak samad sebagai pemimpin bersih
pak samad sebagai pejuang seni
pak samad sebagai pejuang bahasa
pak samad sebagai penegak kebenaran










RADIO SUDAH KEMBALI BERSIARAN





Radio Bangsar Utama sudah kembali bersiaran bersama sedikit pesanan dari tim radio bangsar..









Kerja-kerja pembaik pulih dari jam 10 malam hingga 1 pagi.


Dari jam 10 malam hingga 1 pagi kerja pembaik pulih sedang dijalankan. anda akan mengalami gangguan tidak dapat mendengar siaran kami. segala kesulitan amat tidak dikesali ianya untuk kebaikan kita bersama pada masa akan datang.

MALAM INI JAM 9.00 PASTILAH RADIO BANGSAR UTAMA!



PROGRAM RADIO BANGSAR UTAMA MALAM INI

TEMU BUAL MALAM INI.


Malam ini di Radio Bangsar Utama akan menemubual tokoh aktivis masyarakat dan NGO. Tamu jemputan ialah :

1 - Hasni Abas - Setiausaha PAKSI (Seniman Paksi Rakyat), Aktivis Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Bekas Presiden Kelab Pekerja Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

2 - Amin Iskandar (Black UBU) - Penulis, pemuzik, aktivis, Penasihat NIEI (National Institute for Electoral Integrity)


Topik perbincangan ialah mengenai peranan seniman dan karyawan dalam memaknai proses hala tuju politik negara bersempena himpunan Bersih 3.0.



Manifesto Radio Bangsar Utama (Rabu)

1 - Radio Bangsar Utama merupakan wadah merdeka di mana ruang media yang selama ini dibungkam pemerintah dibuka luas berlandaskan semangat kebebasan media.

2 - Radio Bangsar Utama dengan motto 'Berani Langgar, Laporan Jelas' berkhidmat kepada rakyat Malaysia melalui skop pemberitaan yang telus, adil dan bertanggungjawab.

3 - Radio Bangsar Utama membawa suara, hasrat dan harapan rakyat Malaysia, merentasi sempadan agama, bangsa demi Malaysia yang adil, dinamik dan berkebajikan.

4 - Radio Bangsar Utama menyokong peluasan ruang demokrasi, dan mengajukan etika proses pilihan raya yang telus, bebas dan adil.

5 - Radio Bangsar Utama adalah 'Universiti Terbuka' bersifat dua hala, mendidik dan menerima pandangan, dimana semua pendengar adalah pelajar dan guru pada masa yang sama.

6 - Radio Bangsar Utama adalah pentas anak semua bangsa untuk membawa pandangan baru dunia, memecah pandangan lama yang selama ini mengepung minda.

7 - Radio Bangsar Utama merayakan kebebasan berseni dan berkarya dengan bertanggungjawab.

8 - Radio Bangsar Utama meraikan kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat, selagi ianya dicitrakan dalam ruang lingkup yang berhemah.

9 - Radio Bangsar Utama mengangkat pemerdayaan hak setiap insan dan menolak apa jua penindasan, monopoli dan cengkaman pada mana-mana jalur kehidupan.

10 - Radio Bangsar Utama berpegang kepada falsafah; Benar, Tepat dan Berani Melawan!


RABU : SEJARAH PERJUANGAN MEDIA


Tanpa heboh heboh,tanpa potong riben,tanpa bunga manggar. Sepuluh hari sebelum bersih,radio bangsar utama telah dilancarkan dari dataran merdeka di sebelah khemah anak anak mudayang sedang berjuang menuntut penghapuskan hutang  ptptn

setiap malam dari jam 9.00 - 10.00
radio bangsar utama atau RABU
akan dapat di dengar di laman ini.
Radio Bangsar Utama telah dilancarkan pada jam 9.30 malam secara langsung dari Dataran Merdeka.










MALAM DILANCAR DI DATARAN MERDEKA



radio bangsar utama akan
dilancarkan malam ini di dataran merdeka
sila ikuti laporan terus menerus
dari dataran merdeka pada jam 9.00 malam

sila tunggu dan nanti
jika terlepas rakaman tersedia
untuk para pendengra

radio bangsar utama
adalah radio internet
yang telah dijanjikan oleh tukar tiub
harap para pembaca tukar tiub
akan mendengar radio ini

RABU - radio bangsar utama akan
melaporkan BERSIH 3.0 ke seluruh dunia
untuk yang tidak dapat hadir
sila dengar siaran lintas langsung dari RABU

RABU ialah radio kolektif anak muda
RABU ialah radio untuk sesiapa sahaja
RABU adalah radio berani langgar laporan jelas

anak anak muda yang ingin bersama
dalam kolektif RABU sila hubungi kami
kami melatih pemberita
kami melatuh wartawan
kami melatih dj

RABU juga meminta warga dan kaum kerabat
pakatan rakyat, pencinta kebenaran
para demokrat, anak muda counter culture
punk rocker - dari seluruh negara
untuk mengiklan kan program mereka.