SANDIWARA RADIO "HIKAYAT CERITA BOHONG" JAM 10.30 MALAM INI !!

MALAM INI JAM 10.30 RADIO BANGSAR UTAMA Sandiwara radio Jangan lupa malam ini Lepas berbuka, lepas tarawih Sila layari Radio Bangsar Utama Dijamin akan kah kah kah !! Inilah radio Punk Rock Inilah radio counter culture Inilah radio berani melawan Inilah radio menghasut BE COOL BE DARE!
Sultan Bijan Al Malaon Masyaallah menganjurkan peraduan bercerita kisah bohong rakyat dengan hadiah untuk pemenangnya ialah mengambil puterinya Puteri Kelopak Pandan Mulut Lebar sebagai isteri. Syarat pertandingan cerita mestilah bohong tetapi keberkesanannya mestilah sehingga Sultan sendiri mengesahkannya dengan berkata 'cerita kamu ini bohong!'. Jika gagal, peserta akan didenda bayar bil dan cukai dua kali ganda mahalnya selama lima tahun. Siapakah yang berjaya? Dengarkan sandiwara radio ini 10.30 mlm ini hingga Ahad hanya di Radio Bangsar Utama - Berani Langgar Laporan Jelas

LIVE FORUM "ADAKAH RUANG DEMOKRASI DALAM NEGARA SUDAH BERKEMBANG SETELAH SETAHUN?" 9.00 MALAM INI !!

SIARAN LANGSUNG FORUM DARI RADIO BANGSAR UTAMA
"ADAKAH RUANG DEMOKRASI DALAM NEGARA SUDAH BERKEMBANG SETELAH SETAHUN ?"

PANEL:
YB Nurul Izzah ( MP Lembah Pantai)
Hishamuddin Rais( Aktivis)
Dr Jeyakumar ( MP Sungai Siput & tahanan EO6)
Edmund Bon ( Peguam untuk EO6 & Aktivis Hak Asasi)

TARIKH : Rabu 25 Julai 2012
MASA : 9 Malam

TEMPAT: KL & Selangor Chinese Assembly Hall, 1 Jalan Maharajalela, 50 150 Kuala Lumpur
Anjuran: Parti Sosialis Malaysia (PSM)

FORUM MALAM INI

KEMPEN BEBASKAN EO6 SATU TAHUN LALU

TAHANAN ORDINAN DARURAT (EO6)

SIARAN LANGSUNG DARI DEWAN CHINA KL-SELANGOR. 
Malam ini jam 8.30 pm



Radio Bangsar Utama akan membuat siaran langsung Forum Ruang Demokrasi dari KLSCAH. Untuk warga Kuala Lumpur boleh datang terus ke Dewan KLSCAH. Masuk percuma  !

Untuk warga di luar Kuala Kumpur, sila layari Radio Bangsar Utama. Ini untuk membolehkan warga di luar KL sama-sama mendapat pencerahan politik. Juga agar warga diluar Kuala Lumpur dapat dihasut sama untuk menumbangkan kerajaan United Malays Natiobnal Organisation!

Radio Bangsar Utama malam ini akan membuat laporan langsung, Forum menghasut dari dewan KLSCAH. Ini stesen Punk Rock, stesen counter culture, stesen radio melawan !!

BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS !!

SANDIWARA RADIO "KUAH DAN SEBAT JAM 10.30 MALAM INI !!

MALAM INI JAM 10:30 SANDIWARA - KUAH DAN SEBAT


SINOPSIS : "...Hang Kuah diarahkan Tuangku untuk membunuh Hang Sebat yang menderhaka. Keris Tamrinsari yang diperlukan Hang Kuah untuk membunuh Sebat telah dijual Tuangku kepada cukong. Apa terjadi seterusnya? Bagaimana pula nasib Hang Kasuwey..?"



Bermula malam ini selama seminggu jam 10.30 malam di Radio Bangsar Utama, "KUAH dan SEBAT" sebuah drama pertarungan dua sahabat- Hang Kuah dan Hang Sebat !!

MALAM INI JAM 10.30


Sandiwara radio Kuah dan Sebat
Jangan lupa memgikuti sandiwara dari Radio Bangsar Utama


PENGUMUMAN


Dari Isnin ini laporan berita dari Radio Bangsar bermula jam 10.00
Ini kerana tim Radio Bangsar Utama juga turut sama menunggu moreh dan bubur terlambak


Sila ambil perhatian!


SANDIWARA MALAM INI JAM 10.30


PENGUMUMAN SATU
Sandiwara radio Kuah dan Sebat
Jangan lupa memgikuti sandiwara dari Radio Bangsar Utama


PENGUMUMAN DUA
Dari Isnin ini laporan berita dari Radio  Bangsar Utama bermula jam 10.00
Ini kerana team Radio Bangsar Utama juga turut sama menunggu moreh dan bubur terlambak

Hantar ulasan anda - "MANA NAK CARI MAKAN BULAN PUASA INI?"

PENGUMUMAN DARI RADIO BANGSAR UTAMA
DARI MANA MINAH CUN INI? SIAPA BALAK DIA?
Bulan puasa akan sampai. Team Radio Bangsar Utama telah berbincang panjang, maka telah dipersetuju, Radio Bangsar Utama akan mengadakan. Siaran khusus pada bulan Puasa ini. Program ini kami panggi -MANA NAK CARI MAKAN BULAN PUASA INI?
Kami meminta para pendengar Radio Bangsar Utama hantar cerita labon dan sembang. Tentang warung, kedai, bazaar yang terbaik di tempat masing-masing.
 DI MANA BOLEH BELI KUEH INI?
 DIMANA TEMPATNYA?
DI MANA WARUNG INI?



Semua orang nak tahu dimana terbaik
Semua orang nak tahu dimana terbest
Semua orang nak tahu dimana terspesial

Pekan mana?
Lorong mana?
Kampong mana?
Warung minah cun yang mana?
Yang wajib di lawati?
Warung mak janda yang mana yang wajib di bantu?
Warung mamat jambu yang mana yang patut di layari?

APA YANG PERLU DITULIS

Tuliskan apa yang dijual
Tuliskan apa yang istemewa
Tuliskan apa yang memang hanya ada di bulan puasa
Tuliskan suasana membeli belah
Jangan lupa juga tentang minah cun, mamat jambu,
Pak cik dan mak cik janda dan sida

TULIS DAN HANTAR

Tuliskan tidak lebih dari 200 patah perkataan
Hantarkan ke : radiobangsarutama@gmail.com

NOTA:
Akan jadi lebih molek
Jika cerita ini ada gamba

TEMUBUAL EKSKLUSIF BERSAMA JEMPUTAN EKSKLUSIF JAM 9.00 MALAM INI !!

MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA
MALAM INI TEMU BUAL YANG MENGEJUTKAN


Sila dengar temu bual malam ini
Kalau tak dengar tak puas hari raya
Kalau tak dengar jamin Looser sepanjang hidup
Kalau tak dengar menyesal frust menonggeng
Siapa yang akan di temu bual?
Ini rahsia besar
Hanya DJ sahaja yang tahu

Siapa agaknya?
Apa yang akan dibincangkan
Apakah tentang kedai makan yang dibuka siang hari?
Apakah tentang sex di bulan puasa?
Apakah tentang berahi di bulan puasa?
Yakinlah malam ini adalah
Malam temu bual sejarah

NOTA:
Para pendengar
Jangan lupa untuk hantar cerita kedai kueh
Cerita tempat makan, cerita membeli belah untuk berbuka puasa
Hantar terus ke: radiobangsartutama@gmail.com

MALAM INI !! SELEPAS TEMUBUAL EKSKLUSIF

SIARAN LANGSUNG FORUM "ISA - PENYEKSAAN YANG SEMPURNA " JAM 8.30 MALAM INI !!

JAM 8.30 MALAM INI. SIARAN LANGSUNG DARI KLSCAH (DEWAN PERHIMPUNAN CINA KL-SELANGOR

FORUM "ISA : PENYEKSAAN YANG SEMPURNA
Jangan lupa malam ini. Radio Bangsar Utama akan bersiaran LANGSUNG dari Forum - ISA "Penyeksaan Yang Sempurna"


Hari : Khamis 
Tarikh : 19 Julai 2012 
Masa : 8.30pm 
Tempat : KLSCAH [Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor]
Panelis : Mohammad Sabu, Hishamuddin Rais, Kak Noorlaila Othman, Ustaz Wanji Bakistani & bapa tahanan ISA, Abd Razak.


Berani Langgar Laporan Jelas !!


p/s : Siapa yang duduk di Kuala Lumpur tu, lebih baik datang terus ke KLSCAH.

Program baru !!! - "MANA NAK CARI MAKAN BULAN PUASA INI?"

PENGUMUMAN DARI RADIO BANGSAR UTAMA
DARI MANA MINAH CUN INI? SIAPA BALAK DIA?

Bulan puasa akan sampai. Team Radio Bangsar Utama telah berbincang panjang, maka telah dipersetuju, Radio Bangsar Utama akan mengadakan. Siaran khusus pada bulan Puasa ini. Program ini kami panggi - MANA NAK CARI MAKAN BULAN PUASA INI?


Kami meminta para pendengar Radio Bangsar Utama hantar cerita labon dan sembang. Tentang warung, kedai, bazaar yang terbaik di tempat masing-masing.

 DI MANA BOLEH BELI KUEH INI?
DIMANA TEMPATNYA?
DI MANA WARUNG INI?
Semua orang nak tahu dimana terbaik
Semua orang nak tahu dimana terbest
Semua orang nak tahu dimana terspesial

Pekan mana?
Lorong mana?
Kampong mana?
Warung minah cun yang mana?
Yang wajib di lawati?
Warung mak janda yang mana yang wajib di bantu?
Warung mamat jambu yang mana yang patut di layari?

APA YANG PERLU DITULIS

Tuliskan apa yang dijual
Tuliskan apa yang istemewa
Tuliskan apa yang memang hanya ada di bulan puasa
Tuliskan suasana membeli belah
Jangan lupa juga tentang minah cun, mamat jambu,
Pak cik dan mak cik janda dan sida

TULIS DAN HANTAR

Tuliskan tidak lebih dari 200 patah perkataan
Hantarkan ke : radiobangsarutama@gmail.com

NOTA:
Akan jadi lebih molek
Jika cerita ini ada gambar

JANGAN LUPA MALAM INI
Malam ini jam 10.30
Sandiwara Bik Mama Bomoh Puaka

TEMUBUAL BERSAMA CIKGU ISHAK SURIN JAM 9 MALAM INI DI RADIO BANGSAR UTAMA

TEMUBUAL BERSAMA TOKOH DAN VETERAN PEJUANG, CIKGU ISHAK SURIN


Pejuang gerakan kiri
Pejuang kemerdekaan
Sahabat Boestaman
Dahulu merupakan pimpinan Parti Rakyat
Kini Yang Dipertua Pas Kawasan Batu, Kuala Lumpur

Kini memimpin Gerakan Warisan Kuala Lumpur
Kini memimpin Kampong Bandar Dalam
Kini memimpin Gerakan Selamatkan Stadium Merdeka


Anak-anak muda
Sila kenali pejuang kiri
Yang tak pernah mengaku kalah, dan masih terus berjuang.



SIARAN LANGSUNG CERAMAH MERDEKA RAKYAT DI KLANG SELEPAS TEMUBUAL BERSAMA CIKGU ISHAK SURIN
HANYA I RADIO BANGSAR UTAMA !! BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS !!

TEMUBUAL BERSAMA CIKGU FARIZ MUSA JINGGA 13 JAM 9 MALAM INI


Radio Bangsar Utama akan menemubual Cikgu Fariz Musa pemimpin Jingga 13
Apa dia Jingga 13?
Apa dia cita-cita Jingga 13?
Apa peranan Jingga 13 dalam PRU-13 nanti?
Apa yang sedang disusun?
Apa yang telah dilakukan?
Dan apa yang akan berlaku?


CIKGU FARIZ MUSA
Anak kelahiran Terengganu
Seorang guru
Kerana aktif dalam PKR
Telah ditukar ke kawasan Ulu Felda Palong, Jelebu
Akhirnya di buang dari menjadi guru

JINGGA 13
JANGAN LUPA !!
MALAM INI SANDIWARA BIK MAMA BOMOH PUAKA
Di Radio Bangsar Utama
Jam 10.30 malam
Radio Bangsar Utama memgembalikan seni sandiwara radio
Sandiwara BIK MAMA BOMOH PUAKA
Boleh diikuti setiap malam pada jam 10.30 selama seminggu

TEMUBUAL BERSAMA PENGGERAK PROJEK PELITA JAM 9.00 MALAM INI

MALAM INI JAM 9.00 RADIO BANGSAR

Akan bertemu-bual dengan Projek Pelita
Apa itu Projek Pelita?
Apa yang cuba dilakukan?
Apa itu yang ingin diusahakan?
Sila layari stesen Punk Rock Radio Bangsar Utama

TEMU BUAL MALAM INI

MALAM INI JAM 10.30
BIK MAMA BOMOH PUAKA
Sandiwara radio
Akan ke udara jam 10.30
Setiap malam, sepanjang minggu ini
Dari hari Isnin hingga Ahad
Pada waktu yang sama
Sandiwara ini akan dapat didengar 
Sebar-sebarkan

PESTA LAGU JALANAN 2012

Pada hari ini, konti RABU melaporkan terus dari Pesta Lagu Jalanan.

Mari ramai-ramai turun ke Laman MBPJ sekarang!

TEMUBUAL BERSAMA AKTIVIS ANTI-PENYENARAIAN FELDA JAM 9.00 INI

MALAM INI JAM 9 DI RADIO BANGSAR UTAMA
MALAM INI KITA AKAN MEMBINCANGKAN TENTANG HIMPUNAN ANTI PENYENARAIAN FELDA ESOK !!
SETIAUSAHA AKHBAR PALING COOL
 Bersama Nasaie Ismail
- Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Lembah Klang dan Selangor
- Anak peneroka Felda Jengka 16, Pahang Darul Makmur
- Setiausaha Akhbar Presiden Pas - Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
JANGAN LUPA !! HIMPUNAN OREN SELAMATKAN FELDA ESOK !!
BERKUMPUL DI MASJID WILAYAH JALAN DUTA, SABTU, 14 JULAI, JAM 2 PETANG
BERANI LAWAN, PASTI MENANG !!


RADIO BANGSAR UTAMA LIVE DI CERAMAH MERDEKA RAKYAT 9.00 MALAM INI !!


PENGUMUMAM - MALAM INI RADIO BANGSAR UTAMA

Akan membuat laporan terus menerus
Dari Dataran Anak Muda Majlis Bandaraya Petaling Jaya
PIDATO RAKYAT
Anwar Ibrahim 
YB  Khalid Samad
YB Nurul Izaah
YB Haniza Talha
YB Manickavasagam
YB Hee Loy Sian


Untuk mereka yang berada di luar Kuala Lumpur
Selepas baca yasin malam Jumaat
Sambil relax-relax di rumah
Sila ikuti laporan langsung Radio Bangsar Utama


Sila layari stesen Punk Rock terhebat
Berani Langgar Laporan Jelas !!


TEMUBUAL BERSAMA SYED SHAHIR DI RADIO BANGSAR UTAMA JAM 9.00 MALAM INI

MALAM INI JAM 9 TEMUBUAL BERSAMA SYED SHAHIR DI RADIO BANGSAR UTAMA

Temu bual dengan Syed Shahrir
Aktivis buruh
Aktivis kesatuan sekerja

Pemimpin kaum buruh
Bekas Presiden MTUC

Pengerusi Bersih Pertama
Yang membawa kemenangan hebat pada 8 Mac 2008
Pemimpin Parti Rakyat
Pemimpin Parti KEADILAN Rakyat
Pemimpin kanan kerajaan Pakatan Selangor
Kini Senator Dewan Negara

Akan ditanya:
Pengalaman sebagai aktivis
Pengalaman menggerakkan kesatuan buruh
Bergerak dalam dan luar negara
Peranan terkini sebagai Senator
dan.... masa depan kerajaan Pakatan di Selangor


TEMUBUAL BERSAMA FAISAL MUSTAFFA JAM 9.00 MALAM INI

MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA 
BERSAMA FAISAL MUSTAFFA - PENULIS, PENERBIT, PENERJEMAH BUKU, PENGARAH TEATER, AKTIVIS SOSIAL


Temu bual dengan Faisal Mustaffa
Tentang politik
Tentang budaya
Tentang seni
Tentang membodeek
Tentang teater boodek

Tentang sandiwara melawan
Tentang sandiwara melawan
Tentang sandiwara menghasut

TEATER BENG HOCK MATI DIBUNUH

TENTANG SANDIWARA TEOH BENG HOCK
Yang baru saja di pentaskan
Yang baru selesai
Komen orang ramai
Komen syok sendiri
Dan dan dan..

lLayari radio bangsar utama radio punk rocker
Radio counter culture
Radio berani langgar
Radio laporan jelas
Radio menghasut

TEMUBUAL BERSAMA PENGGERAK JARGON BOOKS JAM 9.00 MALAM INI!

MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA
MALAM INI BERSAMA RUMAH PENERBITAN JARGON


Untuk mengetahui hal buku
Kenapa buku ditulis?
Kenapa buku di jual?
Kenapa buku di beli?

Kenapa buku disimpan dirak buku?
Kenapa buku yang dibeli tidak dibaca

buku buku dan buku2..
BUKU, BUKU DAN BUKU2.
Tarmizi Hussin, Shafiq Halim, Zulwaqar Akram & Rasyidah Othman pengasas dan penggerak Rumah Penerbitan Jargon

BUKU DAN KE JALAN RAYA

NOTA:
Kalau tanya Mat Mongol
Mana lebih penting,
Buku atau berdemo?
Jawabya pastilah buku



Kalau tanya Radio Bangsar Utama
Mana lebih penting?
Jawabnya : MEMBACA BUKU UNTUK BERDEMO


MALAM INI JAM 9 DI RADIO BANGSAR UTAMA

Temubual dengan pemimpin PKR Perak
Kita dengar apa yang PKR sedang lakukan
Kita dengar apa yang sedang dirancang
PEMIMPIN PKR DARI PERAK

1 - Shamshul Mustafa
Setiausaha PKR Cabang Batu Gajah 
Setiausaha Jawatankuasa Pilihanraya PKR Negeri Perak
Ketua Bilik Gerakan PKR Perak

2 - Emmiza Hasmi Zul
Pengarah Logistik Jawantankuasa Pilihan Raya Perak 
Persoalan
Apakah Perak akan di menangi kembali
Apakah pengundi Perak akan kembali menyokong
Apakah pengundi Perak berdendam dengan Barisan

Apa yang terjadi pada katak-katak PKR dan katak DAP?
Layari Radio Bangsar Utama malan ini!




TEMUBUAL BERSAMA BIRO MAHASISWA ANGKATAN MUDA KEADILAN - SAIFULLAH ZULKIFLI

MALAM INI JAM 9 DARI RADIO BANGSAR UTAMA

Malam ini Radio Bangsar akan menemubual saudara Saifullah dari Angkatan Muda Keadilan. Saifullah dimandatkan untuk mengatur dan menyusun barisan anak-anak muda pelajar dan mahasiswa. Apakah sesudah AUKU dimansuhkan, ramai anak muda mahasiswa mencampuri PKR?

Sila layari Radio Bangsar Utama. Berani Langgar Laporan Jelas !

Apakah sesudah AUKU dimansuhkan, dilihat tenaga muda semakian galak di dalam AMK. Apa tahap AMK sekrang? Apa tahap anak muda pelajar sekarang? Apa garis politik AMK bersama anak muda pelajar?
JANGAN LUPA BERDEMO



NOTA:
Anak muda mahasiswa
Jangan lupa Sabtu 14 julai
Jam 2:00 petang kita berdemo lagi