TEMUBUAL BERSAMA WAKIL SAMM WILAYAH PERSEKUTUAN, AZMIR MUSTAFA JAM 9 MALAM INI!

TEMUBUAL BERSAMA WAKIL SAMM WILAYAH PERSEKUTUAN, AZMIR MUSTAFA JAM 9 MALAM INI!
Penyelaras SAMM Wilayah Persekutuan, Azmir Haji Mustafa

Himpunan 12 Januari 2013 atau #KL112 akan mencipta sejarah himpunan perpaduan rakyat terbesar dalam negara, dengan menampilkan seluruh tuntutan yang tidak dipeduli oleh regim pemerintah. Maka rakyat hadir dari pelbagai lapisan masyarakat menunjukkan manifestasi berbentuk kemarahan secara aman.

Dijangkakan lebih 50 ribu peserta himpunan yang telah menempah kehadiran awal ke Kuala Lumpur akan memenuhi padang Kelab Sultan Sulaiman dan kemuncak mengira detik akan menyaksikan letusan bunga api yang menandakan bermulanya Hari Kebangkitan Rakyat.

Melihat semua isu ini melibatkan masa depan negara yang akan diwarisi oleh kelompok muda negara maka sewajarnya kaum muda harus memainkan peranan lebih ke depan.