Sesi semuka bersama Dr Sarena Abdullah


Posisi Seni Pertunjukan (performance art) dalam perkembangan seni visual Malaysia
Moderator: Intan Rafiza 
SABTU | 1 April 2017 Jam 5.00 petang | KBU, Bangsar

+ Sesi Semuka kali ini menjemput Dr Sarena Abdullah, seorang sejarawan dan pensyarah bahagian seni visual untuk berkongsi pandangan tentang posisi seni pertunjukkan (performance art) dalam perkembangan seni visual Malaysia.
+ Dalam sesi bicara kali ini, perkongsian ilmu adalah ingin melihat semula posisi dan keterlibatan seni pertunjukkan (performance art) dalam susurmasa seni visual dan kontemporari di Malaysia yang menyentuh isu semasa dan kritikan sosial.
+ Selain daripada itu jugak, sesi semuka mengajak orang awam dan berkongsi bersama
1) Tentang pensejarahan seni visual Malaysia dari sudut akademik dan kepentingan kepada orang awam dalam menggunakan seni sebagai medium penyampai informasi dan agenda tertentu.
2) Mengenalpasti seni pertunjukkan (performance art) yang terdahulu dan terkini yang memberi impak dalam pergerakkan dan kritikan seni dan bagaimana seni pertunjukkan (performance art) membuka satu lagi ruang dan platform untuk orang awam memahami seni dan proses apresiasi seni berlangsung.
3) berkongsi pandangan bagaimana seni pertunjukkan (performance art) diwacanakan dalam pengajian seni visual dari sudut pengisian idea dan seni kontemporari.
Tentang panel:
Serena Abdullah adalah pensyarah senior di Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) yang mana beliau mengajar Sejarah Seni untuk pengajian ijazah dan pasca siswazah. Beliau mempunyai MA in Art History dari State University of New York, Buffalo, U.S.A., dan PhD in Art History (2010) dari University of Sydney, Australia. Pengajian dan penyelidikan beliau adalah berkenaan seni kontemporari Malaysia dan Seni Asia Tenggara. Beliau juga salah seorang menjalankan pengajian untuk “Pencapaian dan penyelarasan : Pensejarahan Baru Seni di Asia Tenggara Histories New Seni Asia Tenggara,(Ambitious Alignments : New Histories of Southeast Asian Art,”) yang diketuai oleh Institut Power (University of Sydney) dan dibiayai oleh Yayasan Getty pada tahun 2015. Beliau merupakan penerima CAA 2016 -Getty Travel Grant daripada Program Antarabangsa CAA-Getty dan salah seorang panel antarabangsa di CAA-Getty Global-2017 di New York.Beliau juga adalah Felo Penyelidik di Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia.

SEMUA DIJEMPUT HADIR!